Sunday, 9 December 2012
Pahit dahulu , manis kemudian :)
Kehidupan silih berganti-hari demi hari . Dan pada ketika kita menghitung detik kegembiraan pasti akan terselit satu kesedihan . Yaa , bukan kita minta kesedihan itu menjelma tetapi mungkin ia mengajar kita sesuatu dan kita mesti sedar kadang-kadang kita memohon kepada Allah agar mentari terus bersinar bersama kepulan awan yang cantik di setiap pagi tetapi tiba-tiba Allah turunkan hujan bersama kepulan awan hitam halilintar memanah bumi . Lalu kita berasa sedih dan semangat untuk meneruskan hari baru punah-ranah .Tetapi kita tidak dalam kekecewaan itu Allah terbitkan satu pemandangan yang mampu mengukir sekelumit mimpi indah iaitu pelangi . Dalam pada itu barulah kita sedar sebenarnya setiap kepayahan , kesusahan dan keperitan hidup itu ada ujian yang Allah beri kepada kita untuk menguji kita menjadi umat yang lebih kuat . Di dalam al-quran pun telah mengatakan yang Allah tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya . Jadi , bila musibah menimpa kita , kuatkan akidah dan panjatkan doa kepada Allah semoga kita menjadi insan yang lebih baik . Seorang bijak pandai ada mengatakan "Dunia hanya sementara dan akhirat itu yang berkekalan . Jadikanlah masa hidup di dunia ini dengan sebaik mungkin kerana kita hidup hanya sekali . Sekali kita persiakan dia tidak mungkin kembali kerana ia terus bergerak pergi tanpa kita sedari . Kehidupan yang hakiki adalah kehidupan manusia yang mempunyai hati nurani yang luhur dan peradabannya terpelihara '' , Sekian , Pie Syafie .