Friday 23 November 2012

Anugerah Allah


Coraklah anak-anak sejak kecil
Senyuman merek amat bermakna
Assalamualaikum dan hello kepada bukan Islam . Yaa hari ini 21/11/2012 muncul kembali dan ingin berkongsi lagi cerita bersama pembaca setia di blog saya . Terima kasih yang tak terhingga kerana selama ini anda sudi membuang sebahagian masa hidup and membaca blog saya . Yaa hari ini sebenarnya aku bersengkang mata ini untuk melihat perlawanan di antara Manchester City dan Real Madrid di Liga Juara-Juara tetapi dengan kelapangan masa ini aku gunakan untuk merungkai sebuah kisah yang kita patut selami bersama . Hari ini aku nak cerita pasal Hari Kanak-Kana Sedunia . Seperti kita tahu setiap tahun kita meraikan hari yang penting ini  untuk meraikan kanak-kanak iaitu generasi muda yang bakal mengantikan tampuk kepimpinan negara . Kanak-kanak perlu diraikan untuk mereka mengenali erti kasih sayang dan dihargai dari kecil dan tidaklah mudah mereka dipengaruh atau terjebak dengan budaya negatif kerana biasanya hari kanak-kanak ini , mereka didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang boleh mengembangkan minda , menguji daya fikiran dan fizikal serta meletakkan mereka dalam keadaan emosi yang baik . Hampir seluruh negara di dunia yang mewajibkan perayaan ini di negara mereka dan semuanya berjalan dengan meriah kerana sambutan disambut baik oleh pelbagai golongan . Tetapi dalam keadaan kita mampu tersenyum lebar dan bergelak ketawa kita mesti sedar sebahagian dari kanak-kanak seperti di Palestin sedang menangis berteriakan . Awal November 2012 lalu pihak rejim zionis telah melancarkan serangan kepada Palestin . Ya Allah . Berita itu menggemparkan dunia kerana ini sudah telah beberapa kali terjadi Palestin diserang Israel dengan begitu kejam . Mengikut sejarah dunia Israel adalah satu-satunya negara yang paling kejam dan tidak berperikemanusian di dunia . Alasan mereka hanyalah kerana mempertahankan negara mereka daripada serangan roket Palestin . Tapi mereka tidak sedar berpuluh tahun dulu mereka membuat negara palestin seperti negara mati dalam keadaan bermandikan darah  dan peristiwa ini berulang pada hari ini . Setiap hari kita dapat mengdengar dan melihat di media cetak ataupun elektronik tentang kematian umat Islam di Palestin akibat serangan Israel . Ya Allah , begitu kejamnya rejim zionis tidakkah mereka kasihani walau sedikitpun . Bayi dan kanak-kanak setiap hari dibunuh ibarat menyembelih daging di pasar . Pada ketika mereka baru hendak merasai kenikmatan hidup di dunia rupanya mereka ditimpa malapetaka . Setiap hari perasaan takut menyulubungi diri mereka bila melihat ayah dan ibu mereka dibunuh di depan mata mereka dengan tanpa belas kasihan . Apa perasaan kita jika kita berada di tempat merkea ? Begitu zalimnya rejim zionis . Kanak-kanak di Palestin tidak merasai kedamaian dan keharmonian tetapi iman mereka tetap utuh dan akidah mereka tetap kuat setia mempertahankan Islam walaupun bermandikan darah setiap hari . Allahuakbar , Allahuakbar . Sesunggunya mereka adalah kaum yang tabah dan rakyat yang akan mendapat pembelaan Allah di Hari Kiamat suatu hari nanti . Mungkin dunia adalah neraka bagi mereka tetapi mereka akan kecapi syurga yang sebanarnya kelak nanti , insyaallah. Berita terbaru , seorang kanak-kanak baru-baru ini ditembak mati semasa sedang bermain bola dengan memakai baju kelab kegemarannya . Ya Allah di mana sifat kemanusian mereka ? Apa salah anak itu sehingga mati ditembak ? Tidakkah mereka mempunyai sifat kasih kepada kanak-kanak ? Mereka di sana tidak kenal apa itu kebahagiaan kerana mereka lebih terbiasa dengan penderitaan . Tetapi ia berbeza dengan cerita di Malaysia . Jika kuman di seberang laut boleh kita intai , kita juga perlu melihat gajah di depan mata . Setiap pagi memang hobi aku membaca surat khabar dan amat dukacita suatu pagi ketika membuka akhbar metro harian yang mempamerkan kisah tentang bapa menyembelih anak . Ya Allah . Cerita yang menyayat hati lagi apabila kes pembuangan bayi di Malaysia menunjukkan penigkatan setiap bulan . Kita mendegar ada sahaja kes pembuangan janin di merata tempat disebabkan terlanjur dengan kekasih . Subhanallah , mereka lupa kanak-kanak adalah anugerah dariMu . Mereka lupa tentang ajaran Islam . Sesunggunya Allah kurniakan kanak-kanak itu untuk dijaga dan diberikan kasih sayang untuk mereka membesar dengan baik tapi dunia akhir zaman sekarang ini mereka terlalu memikirkan duniawi sehingga melupakan akan hukum islam . Mereka lupa ajaran al-Quran dan sunnah nabi . Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w amat mencintai kanak-kanak . Tuntasnya , hargailah kanak-kanak kerana mereka merupakan aset yang paling penting . Tiada apa yang membahagiakan selain mampu mebuat mereka gembira dengan memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian . Ibu bapa perlu berfikir secara pintar dan jangan mengikut hawa nafsu dalam sebarang tindakan agar mengatasi kes deraan kanak-kanak .Nabi pernah bersabda "Anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan sama ada menjadi Nasrani ataupun Majusi . Disamping itu sebagai rakyat yang peka , marilah kita bersama-sama mendoakan agar rakyat dan kanak-kanak di Palestin selamat dan terus diberkati Allah dan dilindungi Allah . Mereka tidak bersalah dan tidak layak diperhambakan sedemikian . Saya berharap kekejaman Israel ini tidak akan berterusan dan tidak akan terjadi lagi . Kemabalikanlah senyuman di bibir kanak-kanak Palestin dan berilah mereka merasai apa itu nikmat kedamaian dan keharmonian seperti tahun 1990 an dahulu ketika mereka hidup dengan aman dan negara mereka sangat cantik dengan pelbagai binaan yang menarik . Sama-sama kita menyokong Palestin . Pray For Gaza. 22 November 2012 berita baik buat semua umat islam di dunia kerana Persatuan Bangsa-Bangsa Bersata telah menjalankan genjatan senjata terhadap Israel . Alhamdulillah berkat doa semu umat Islam dimakbulkan Allah . Baru semalam aku terdetik hendak menyiarkan post ini tetapi ia bertambah manis jika disiarkan hari ini dengan diselitkan berita gembira . Hany air mata yang mampu mengallir dan aku sangat bersyukur mendengar berita ini . Tapi ada peristiwa ini akan berulang ? adakan Israel mampu memegang perjanjian persetujuan ? Moga ia tidak menyerang Palestin lagi . Doakan kesejahteran saudara kita disana . Hari ini barulah meliht senyuman dibibir kanak-kanak di Palestin dan baru mereka kelur membeli gula-gula . Ya Allah sebaknya perasaan ini bila melihat berita tadi . Sampai di sini sahaja cerita saya pada kali ini . Semoga anda membuka minda dan fikir sejenak untuk muhasabah diri . Kata seorang yang berjaya "Hati kanak-kanak adalah bersih dan bersinar seperti mutiara dan lembut seperti tanah yang menyebabkan benih dapat disemai " Jadi lenturkanlah anak-anak itu agar mempunyai keperibadian yang mulia . Hargai mereka , Your loving blogger , Pie Syafie