Saturday 13 October 2012

Malaysia , I'm worried about you :')

Don't change the smile on their face :')
Assalamualaikum , salam sejahtera , salam 1 Malaysia , salam negeriku sayang negeri bandar teknologi hijau . Amboii complete haa dah mcam YB pulak . Cehh takpa mungkin suatu hari nanti haha doakan yaa . Korang nak dengar cerita tak ? Ouhh tak perlu dengar kud , baca sudah lahh muehehe . Hari nie nak cerita sikit pasal negara kita , the only one , MALAYSIA . Yaa bila bercakap pasal Malaysia , kita sendiri sebagai rakyat Malaysia sedar yang negara kita mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan bangsa . Kepesatan pembangunan pelbagai infrastruktur baru dan moden telah membuktikan Malaysia mampu mencapai  status negara maju menjelang 2020 yang berbaki 8 tahun lagi . Persoalannya , mampukah kita merialisasikan hasrat ini ? Hari Ahad haritu , ayah aku ada beli surat khabar mingguan then seperti biasalah aku nak tengok belakang dulu kan nak nak malam tuu game Manchester city and Arsenal mesti nak tahu info haha . Tapi tiba tiba aku tertarik nak baca di bahagian depan apabila terpampar wajah tokoh yang aku sanjungi , Tun Dr.Mahathir . Apabila membaca sepintas lalu ruangan Suara Hati Dr Mahathir itu , timbul persoalan yang bermain di minda sehinga hari ini . Di manakah Orang melayu yang kuat ? Mampukah kita merialisasikan hasrat 2020 ? Allahhuakbar . Bila difikir secara dalamnya , yaa impian Tun Dr Mahathir adalah ingin melihat perpaduan antara orang melayu kembali utuh . Disebabkan kuasa , manusia hari ini sanggup membuat apa sahaja tanpa menitikberatkan soal agama .  Allahuakbar . Baru-baru ini ada berita mengatakan agensi dari luar negara menyalurkan dana kepada NGO dalam negara , dan apa yang mereka mahukan ialah "regime change" atau perubahan kerajaan yang memerintah . Mengapa mereka yang hendak menentukan  kerajaan negara kita ? mereka tiada hak untuk menentukkan sebalikknya tugas kita memilih kerajaan negara kita .Sambil menyelam minum air , itulah agenda kuasa luar yang motif utamanya inginkan kerajaan lain mentadbir dan mengikut telunjuk mereka serta merubah kerajaan sedia ada yang memimpin negara sekarang ini . Nampak tak , agenda mereka tidak lari seperti agenda mereka semasa mula mula ingin menawan Tanah Melayu , sangat licik seperti menarik rambut di dalam tepung , rambut tidak putus , tepung tidak berselerak . Tetapi kenapa begitu hina sekali apabila Orang melayu sendiri yang ingin menjual negara sendiri . Kita sebenarnya lupa akan sejarah , lupa akan  pengorbanan datuk dan nenek kita yang berhempas pulak , dimaki-hamun dijadikan hamba , tidak diberi makan dan serba kemiskinan . Kita lupa semua itu kerana kita tidak merasainya . Di mana sifat simpati kita ? Saya bukan menyuruh kamu semua sedih dengan apa yang mereka lalui , tapi hayati pengorbanan mereka . Kita ini sebagai seorang melayu yang patut beruntung dilahirkan selepas tamat penjajahan , serba kecanggihan tidak perlu berperang lagi . Tetapi sejarah munkin berulang . Mahukah kita dijajah semula ? mahukah kita dijadikan orang suruhan si Durjana ? hayatilah sejarah lama . Ketika Tanah Melayu ditimpa malapetaka , kuasa Allah muncul anak Melayu yang berpendidikan di zaman penjajahan Tanah Melayu itu , mereka bangun bersatu bagi mendapatkan kemerdekaan negara kita yang kita kecapi sehingga hari ini . Ini berkat dari perpaduan yang kebanyakkannya adalah orang melayu pada ketika itu. Kata Hang Tuah suatu ketika dahulu "Takkan melayu hilang di dunia " Betul kata beliau melayu memang tak hilang di dunia , tetapi  orang Melayu kini , mereka mudah lupa siapa diri mereka dan nilai jati diri kemelayuan seperti masyarakat dahulu kala kian luntur pada zaman ini . Kalau kita lihat , kebanyakkan Mat Rempit , pengedar dadah , pengambilan dadah , pembuangan bayi serta isu sosial negatif yang lain , hampir keseluruhan kes penglibatan orang melayu paling ramai . Orang melayu juga tidak mahu bersatu dalam satu pemerintahan bagi  mencapai hak keinginan masing masing . Orang Melayu yang dulu digeruni oleh Orang British dengan kekuatan perpaduannya dan nilai kemanusian yang tinggi kini hampir pupus . Ayuhlah bangsaku , Tidak salah kalau kita bersatu padu bersama-sama muhasabah diri dan meningkatkan pencapaian masing-masing agar Malaysia mempunyai masyarakat melayu minda kelas pertama . Marilah kita meyokong kerajaan sedia ada dan terus berusaha untuk kemajuan negara kita . Ini bukan pasal politik tetapi ini berkenaan dengan negara kita . Kenapa mesti kita menukar kerajaan yang menduduki tampuk kepimpinan negara dengan kerajaan baru dan yang bakal mengikut telunjuk kuasa luar ? Kalau benar kerajaan tidak bagus marilah kita bersama memilih orang yang kita rasa mampu membangunkan Malaysia seiring negara barat . Tapi tidakkah kita dapat melihat Malaysia sekarang ini sedang mendaki untuk mencapai status negara maju itu dengan kemajuan yang positif .Jangan banyak menyalahkan kerajaan dengan isu yang remeh temeh , Kerajaan juga manusia, tak lari dari mebuat kesilapan . Kita seharusnya berdoa agar Allah merahmati Malaysia dan tetap aman dan damai . Dan semoga Allah membuka pintu hati mereka yang lupa ke jalan Allah . Dan sebagai generasi yang bakal menggantikan tampuk kepimpinan negara , saya berharap Malaysia akan mencapai Wawasan 2020 dan melahirkan masyarakat minda kelas pertama dari segala aspek terutamanya kerohanian kerana Islam mengajar umatnya untuk membuat kebaikan dan bukannya kemusnahan dan Islam sentiasa menunjukkan umatnya ke jalan yang benar , nescaya kita tidak akan sesat dengan islam . Kata Dr Mahathir " Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya .Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri dengan anak cucu yang alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri " Hanya kita yang boleh megubah diri kita sendiri untuk kita mengubah nasib bangsa kita . Siapa lagi yang hendak membelah nasib bangsa kita kalau bukan diri kita sendiri . Sekian ,  Your Loving Blogger (Pie Syafie)