Monday, 11 August 2014

Pemerhatianku

Bukan mudah untuk dewasa 
Dewasakah akal kita ? 
Dewasakah hati kita ?
Pernahkah Terlintas di gawang minda ?
Bukan mudah 
Tapi boleh diasah 
Barulah kita dan membeza 
sekilas ikan berenang
yang mana jantan
yang mana betina 

Nampak sajak di atas ? Nie macam acah-acah menampakkan post kali ini memberi suatu kelainan alahmak ai haha. Merujuk pada sudut minda aku di pukul tiga pagi ini , mungkin sesuatu boleh dikongsikan di post kali ini. Bila kita mengatakan dunia universiti , maka barulah mata ini terbuka melihat pelbagai ragam manusia di seantero Malaysia dengan satu hasrat iaitu mampu memiliki segulung kejayaan di persada dunia. Cerita ini berkisahkan seorang hamba Allah ini . Aku tidak cerita pasal dia tapi aku mengambil iktibar dari kisah hidupnya . Berpewatakan seperti siswa lain , berkemeja formal tampak bergaya serta kasut yang berkilat . Senyuman lebar serta bertegur sesapa dengan rakan di kelas. Tapi itu semua hanya di luaran , pernahkah kita nampak apa yang di dalam hati ? Bila dapat ditemukan dengan Hamba Allah ini aku berasa sangat teruja untuk berbual dengan dia . Ini merupakan pertemuan secara tdak sengaja tapi pertemuan yang sangat berharga. Masa 1 jam 15 minit di dalam KTM merupakan masa yang mengajar aku hidup ini perlu kekuatan iman yang kuat dan tidak mudah putus asa . Kalau kita lihat ramai yang terjerumus ke kancah kerosakan bila usia menjangkau remaja . Jangan mudah menuding jari pada ibu dan ayah kerana mereka sudah mengajar tapi kenapa kita tidak mengambil iktibar . Hamba Allah ini mengalami penyakit depression. Bagi aku semua orang mengalami depression kerana in life kita mesti akan ada tekanan hidup . Tapi lain org lain kisah hidupnya . Kisah hidup dia agak rumit tapi apa yang aku cuba sampaikan adalah , janagan terlalu fikirkan persaingan di dunia . Perlukah kita memikirkan kita sentiasa perlu di atas agar org sentiasa nampak kita ? Adakah kita lupa dunia ini ibarat roda . Tak selalu kita dia atas . Kadang-kadang kita perlu berada di bawah untuk kita belajar menghargai bila berada di atas . Persaingan dunia tidak menjamin apa apa kalau kita tak bersaing untuk mengejar akhirat . Kenapa kita pelu merasakan dunia ini tidak adil ? Pernah terbayang nasib orang lain ,?masalah orang lain ? susah payah orang lain ? manusia memang mudah lupa dan tidak pernah puas dengan apa yang ada . Istigfarlah hati , banyangkan berapa banyak nikmat Allah kurniakan yang patut kita bersyukur dari mengeluh . So bila kita ada masalah atau tekanan hidup , try untuk jadi positif dan dekatkan diri dengan Allah dengan bersungguh sungguh dan yakin ke atas Allah. Hidup perlu diteruskan walau apapun terjadi . Gunakanlah sisa hidup kita dengan baik dan moga kita diketemukan Allah di syurga . Aku tak cerita habis pasal Hamba Allah itu kerana mungkin itu privacy dirinya . Hayatilah apa yang aku cuba sampaikan kerana aku menulis untuk diri aku jugak . Dunia tidak seharusnya dipandang sebagai persaingan kerana kita akan mengasah sifat cemburu tetapi lihatlah dunia sebaga satu tempat untuk kita membina satu kerjasama bantu-membantu orang yang susah dan dalam masalah untuk berdiri sama meneruskan hidup dan mencari ilmu Allah yang sangat banyak ibarat pepasir di laut. Kesimpulannnya , nikmati indahnya hidup dunia dengan amal tanpa lupa mencari bekalan akhirat . Sekian .