https://www.youtube.com/watch?v=so6ExplQlaY
JANGAN BACA KALAU TAK CLICK LINK ATAS NI
SKIP AD KAT LINK NI
JANGAN BACA KALAU TAK CLICK LINK ATAS NI
SKIP AD KAT LINK NI
Mungkin kita pernah dengar satu pepatah melayu bagai kacang lupakan kulit memang biasa digunakan. Bukan mahu seperti katak, sedikit hujan banyak bermain tetapi bagi aku dunia arus serba kemodenan ini harus membuka mata tentang maksud bagai kacang lupakan kulit.
Betapa berat mata memandang , berat lagi bahu memikul . Takkan sifat empati dan simpati serta nilai berperikemanusiaan tidak ada dalam diri kita apabila melihat orang susah yang berada di depan mata kita. Bukan kerana dia bodoh bukan kerana dia lemah tetapi mungkin ada hikmah mengapa ia terjadi. Aku meratapi wajahnya yang sayu dan hiba lalu apa yang bermain di gawang mindaku , di manakah anak-anak kepada Si Tua yang telah berjasa mengerah kudrat dan tenaganya demi anak-anaknya. Bukan dia pinta untuk meminta , bukan dia suka untuk buat orang memberi , bukan kehendaknya hidupnya sebegini . Kalau menanam tumbuhan di ladang takkan tak nak liihat hasilnya , Kalau menyiang ikan di dapur , takkan gulainya tidak dirasa. Begitulah jugak kalau mentang anak bagai minyak yang penuh takkan tidak mahu melihat anaknya berjaya dan tidak lupa jasa. Sangat tersentuh melihat wajah Si Tua yang di dalam kelopak matanya mampu menceritakan seribu kesedihan yang dianggap sekelumit mimpi . Takkan pernah dia terfikir apabila si kecil yang dikendong dibesarkan , dijaga dan diberi perhatian yang cukup diberi pendidikan pabila besar lupakan semua , lupa di mana dia membesar lupa siapakah yang membesarkan dia , lupa dari mana akr umbi kepada kejayaannya . Kadang-kadang aku melihat orang yang baik dan selalu membantu apabila diperlukan ketika meminta bantuan dan ketika dia susah tiada siapa yang mahu membantunya dan ada disisinya . Manakah sifat berperimanusia? Betul kata pujangga , Kawan gelak tawa banyak , tetapi kawan dalam kesedihan dan duka zero agaknya . Tidak kisah dia ada kaitan dengan kita atau tidak tetapi sekali dia muncul dalam hidup kita dan membuatkan kita berasa senang , dia mungkin sesuatu yang kita harus lihat dari sudut yang kita mampu berfikir berfikir , Ada sebab mengapa Allah hadirkan dia untuk kita .
MasyaAllah brada and sista , sungguh tak sangka kecanggihan teknologi masa kini mampu mengubah sikap dan pemikiran seseorang individu itu sehingga menjatuhkan tahap IQ dan sifat kewarasan manusia. Orang memberi kita merasa , bila merasa perlu beringat hasilnya dicari dari orang yang memberi , pengorbanannya untuk memperoleh hasil tidak tahu bertapa hebatnya dan kepayahannya hanya jiwa dan raga si pemberi yang tahu . Sebagai orang yang merasa bukan apa yang dipinta , bukan balasan yang dipinta , bukan bukan ucapan terima kasih berulang kali yang dipinta , bukan pujian yang diharapkan , hanya sekecil penghargaan dalam menghargai pemberian itu. Renungkanlah di gawang minda mengapa ia terjadi , mengapa Allah menghadirkan pemberi untuk kita merasai sesuatu , bukan saja saja tetapi ada hikmahnya . Setiap percaturan Allah itu indah dan hebat . Tak mungkin halilintar mampu membela bumi , tak mampu awan bercorak indah menghasilkan hujan membenamkan fajar dan menghasilnya pelangi yang indah selepas itu kalau bukan kehendak Allah . Maka , apa yang kita ada , apa yang kita perolehi , Hargailah sebaik mungkin orang orang yang ada terutama keluarga dan orang yang ada dikala kita senang dan susah ,Yang terindah di langit adalah bintang-bintang begemerlapan , sedangkan yang terindah dalam hidup orang yang membuatkan hati kita tahu apa itu erti kasih dan sayang . Niatku ikhlas jujur dari hati kecil ini aku bukannya bagus untuk berbicara seperti seorang pendeta tetapi mungkin aku mahu berkongsi cerita agar dapat melihat orang membuka pancaindera.Kata seorang bijak pandai ''orang yang mampu mengubati duka dan kesedihan kita adalah orang yang membuat kita tersengih sorang sorang macam orang gila dan kita rasa gembira kerana dia ada dengan kita . Refresh minda kita semula siapakah orang yang selalu buat anda tersengih ? Tangkap mereka kalau boleh cekik mereka dan katakan Jangan kau pergi, hahaha I was joking , Hargailah apabila diberi rasa bukan mudah untuk memberi , Assalamualaikum.