Thursday 11 December 2014

Sakit

Setiap perkara itu bermain dalam gawang minda dan tak semuanya yang membuatkan hati rasa selesa jiawa rasa bahagia. Dari cerebrum hinggalah ke medulla oblongata setiap bahagia di otak kanan mahupun kiri mengerah untuk menyelesaikan sesuatu masalah . Memang kujangka inilah kesudahannya kerana aku terlalu banyak berfkir . Dalam minggu nie aku sudah berapa kali pening dan sakit kepala . Kerana terlalu memikir mungkin aku jadi begini .Aku cuma teringat akan tumor otak yang pernah kubaca simptom simptomnya ada dekat aku . Bukan mudah untuk menangani pemyakit itu dan aku tahu risikonya . Aku tidak mahu ke hospital kerana aku tidak pernah merasainya. Ya Allah, sesungguhnya kau berilah aku kesihatan yang baik , tubuh badan yang sihat dan berikanlah kedua ibu bapaku kesihatan yang baik dan rahmatilah mereka. Mata tak bisa berbicara tanpa lihat apa di luar dan apa di dalam . Kadang kadang hancurnya di dalam ditutup dengan sulaman kain bersama manik dan permata yang indah . Cuma yang dalam biarkanlah dipendam . Takda orang kisah dan takda orang peduli.Tawaku hanya tepancar di wajah tapi bukan dari jiwa. Sungguh aku insan yang lemah . Tuhan , aku memohon kau jauhilah aku dari penyakit itu .Aku pendosa , amalku sedikit takkan dapat tampung dosaku yang banyak . Aku manusia biasa yang tak lekang dari dosa . Ku harapkan keampunan dariMu , Ya Allah.