Friday 23 January 2015

A voice from heart

''Kejayaan tidak meletakkan faktor paras rupa sebagai kunci untuk membuka peluang emas itu , hatta lebih penting bagaimana kita membina jalan menuju kejayaan itu'' -pie2015 Hahaha pejam celik pejam celik dah dua minggu aku tak balik rumah . Mungkin homesick aku dah dapat ditangani dengan adanya assignment yang banyak . Kalau lepas nie siapa pergi klinik kata tak sihat nak cuti , mungkin dia bagi assignment so lupa sakit . Ibu tanya" Jepun , kenapa kau tak balik ? aku jawab: bukan tak nak balik saja nak tgk ibu rindu ke tak "

Hari ini dah hari ke berapa tah selepas AJL , Orang cakap Anugerah Juara Lagu aku cakap Apa Jadi Lahni . Yelah Konsep hiburan sekarang nie populariti dan kecantikan dijulang tanpa menghiraukan yang berbakat . Tapi secara izhar AJL 29 membuka mata rakyat Malaysia suara emas yang sering kedengaran setiap hari di kaki jalan bandar metropolitan Kuala Lumpur mampu melontarkan vokal unik itu di pentas besar yang ditonton seantero Malaysia.

Pada mulanya aku tak impressed or expect anything pun bila buka video AJL kat fb and dengar lah mereka nyanyi and I'm talking to myself " This is a new band , Diaorang ada talent" and tak tahu sampai camera zoom ke singer dia . I saw him , look at his appreances . Tiada kerlipan mata langsung sepanjang persembahan dan suara yang dilontarkan bukan dari mulut , tapi hati.

Aku duk tunggu dia kelip mata mana tahu alih alih dia kelip kan . Suasana stadium tuuu mendapat sorakan yang begitu menajubkan , So dah habis aku sambunglah scroll fb . And then I realised one story in fb from one blog and I read about them . And I just know They're Caliph Buskers . Beremang bulu roma aku . Bukan sebab nama band diaorang hebat tapi cerita kat blog tu baru aku tahu diaorang nie semunya orang istemewa dan dikurniakan Allah bakat paling istemewa.

Aku tengok balik persembahan mereka .MaysaAllah my brada and sista , If you hear and watch through your heart you can feel them . They're not a beggars but they're trying to make everyone who walk along the road where they're perform to feel happy and enjoy this life.  Kalau tak sebab internet lembab and banyak buffering , memang aku menangis tengok persembahan diorang .

Moral of the story , As a human , proud to be yourself . Dont compare with others . Manusia diciptakan ada kelebihan masing-masing . Allah tak kata kita nie ada kelebihan ini atau itu tetapi Allah mengajar kita untuk menerokai kelebihan yang ada dalam diri kita . Kerana kejayaan tak mungkin dicapai tanpa menerokai , Salute to you Caliph Buskers.