Friday, 1 May 2015

There's a reason why someone appear in our life. Either we have to change their life or they will change our life. Its was an incredible feeling when you meets someone that you have so much feeling in your heart towards her.It was great but we do not how long they will stay , so just give much even if you've been given little.

Not everything is supposed to become something beautiful and ling lasting. Sometimes people come into your life to show what is right and what is wrong , to show you who can be to teach you to love yourself , to make you feel better for a while to help you when you need to always be with you when you want talk about your problem or someone to walk with at night and spill your life to . Not everyone is going to stay forever and we still have to keep on going and appreciate them.

Today I learned that you cannot replace people no matter who you meet there will always be traits so unique that they cant be replicated no matter how hard you try or how bad you want. There's a reason why Allah sending him in your life.

Wednesday, 22 April 2015

Its been a long timeI don't write anymore .

It's mot because I lack motivation nor the inspiration , its is because of them . The people I want to write about , the ones who make emotions flow from every of my being, who leave me to drown in all of the words that flood my mind.I could tell you about something , but I dont think you want to hear it cause you never trust it . But if I unleash these gates and everything comes spilling out I wont be able to hide the truth anymore . I meybe not good but there's a reason of every action that I take. Allah knows everything .


Sunday, 15 March 2015

MasyaAllah Sista

Hari ini aku pergi main bola pakai seluar pendek , aku selmba turun lif dengan semangat jogginglah ke arah padang dengan stokin aku yang panjang , lalu wanita beruniform biru bermuka harimau memandangku dan berkata " adik , kenapa pakai seluar pendek naik sekarang tukar pakai seluar panjang" .

 Allahuakbar seperti aku mendapat satu das tembbakan menuju ke lubok hati . Lalu aku membalas "Terima kasih puan kerana mengingati saya tentang Hukum Allah " aku dengan teruja dan keinsafan menyelubungi hati bergegas menongkah anak tangga kecil ke tingak empat semula untuk menukar pakaian ku.

Aku berjalan kembali ke padang aku memerhatikan ada wanita sahaja beriadah tanpa memakai tudung.  Mungkin bulu kaki aku lagi panjang kud naa dari rambut perempuan tu . Mungkinlah .
Maybe semua polis nie sayangkan lelaki je kud tak nak bagi masuk neraka.

Esok aku pergilah ke surau naik motor dari fakulti berpakaian baju melayu tanpa helmet . Suddenly , a tiger come back again with another  gender . Dengan misainya yang lebat , "helmet mana ?" aku menjawab nak ke surau je tuan . "Tahu tak peraturan U apa ?"

Aku menjawab " tahu tak peraturan Allah apa ? Tu yang jogging tak pakai tudung and seluar ketat macam cover plastik daging kat pasar kenapa tiada sebarang tindakan ?"

Dia terkelu dan melepaskan aku . Aku pun memberi salam dan beredar ,

Kata nabi perempuan itu perhiasan kalaulah perhiasan tidak dicover dan dijaga dengan baik didedah dan dibiarkan mereka , rosaklah perhiasan tu . #Aurat wanita itu bermaruah bukanya murah .

Pie .

Friday, 23 January 2015

A voice from heart

''Kejayaan tidak meletakkan faktor paras rupa sebagai kunci untuk membuka peluang emas itu , hatta lebih penting bagaimana kita membina jalan menuju kejayaan itu'' -pie2015 Hahaha pejam celik pejam celik dah dua minggu aku tak balik rumah . Mungkin homesick aku dah dapat ditangani dengan adanya assignment yang banyak . Kalau lepas nie siapa pergi klinik kata tak sihat nak cuti , mungkin dia bagi assignment so lupa sakit . Ibu tanya" Jepun , kenapa kau tak balik ? aku jawab: bukan tak nak balik saja nak tgk ibu rindu ke tak "

Hari ini dah hari ke berapa tah selepas AJL , Orang cakap Anugerah Juara Lagu aku cakap Apa Jadi Lahni . Yelah Konsep hiburan sekarang nie populariti dan kecantikan dijulang tanpa menghiraukan yang berbakat . Tapi secara izhar AJL 29 membuka mata rakyat Malaysia suara emas yang sering kedengaran setiap hari di kaki jalan bandar metropolitan Kuala Lumpur mampu melontarkan vokal unik itu di pentas besar yang ditonton seantero Malaysia.

Pada mulanya aku tak impressed or expect anything pun bila buka video AJL kat fb and dengar lah mereka nyanyi and I'm talking to myself " This is a new band , Diaorang ada talent" and tak tahu sampai camera zoom ke singer dia . I saw him , look at his appreances . Tiada kerlipan mata langsung sepanjang persembahan dan suara yang dilontarkan bukan dari mulut , tapi hati.

Aku duk tunggu dia kelip mata mana tahu alih alih dia kelip kan . Suasana stadium tuuu mendapat sorakan yang begitu menajubkan , So dah habis aku sambunglah scroll fb . And then I realised one story in fb from one blog and I read about them . And I just know They're Caliph Buskers . Beremang bulu roma aku . Bukan sebab nama band diaorang hebat tapi cerita kat blog tu baru aku tahu diaorang nie semunya orang istemewa dan dikurniakan Allah bakat paling istemewa.

Aku tengok balik persembahan mereka .MaysaAllah my brada and sista , If you hear and watch through your heart you can feel them . They're not a beggars but they're trying to make everyone who walk along the road where they're perform to feel happy and enjoy this life.  Kalau tak sebab internet lembab and banyak buffering , memang aku menangis tengok persembahan diorang .

Moral of the story , As a human , proud to be yourself . Dont compare with others . Manusia diciptakan ada kelebihan masing-masing . Allah tak kata kita nie ada kelebihan ini atau itu tetapi Allah mengajar kita untuk menerokai kelebihan yang ada dalam diri kita . Kerana kejayaan tak mungkin dicapai tanpa menerokai , Salute to you Caliph Buskers.

Saturday, 17 January 2015

Eh macam tak percaya



Kalau langit boleh bercakap , dah dia cakap "Wahai manusia ,kenapa setiap kali tahun baru kamu semua tembak bunga api ke arah aku " Pomm , Pommm bunyi bunga api bergema sekali gus menghilangkan kesunyiaan malam terakhir 2014. And I was sitting in front of my house , "Hmmm sekejap dah tahun baru , adakah berharga tahun 2014 aku ini ?

Lalu aku pun berlari seperti orang nampak hantu ke dalam . Ibu pun menggaru kepala tengok aku. Aku meniliti ruang almari aku yang menampal cebisan cebisan nota life goals aku and and motivational quotes aku . Setiap baris ayat tu aku baca , quotes dari muhammad Ali , Benjamin  sehinggalah Plato aku tatapi dan hayati setiap kata kata mereka. Ternyata kesukaran dan keperitan hidup mengajar mereka erti kehidupan sehingga mampu melakar kejayaan .


Lalu aku duduk sebentar memandang cermin, membelek muka aku dua tiga kali . Dah tembam sikit aku nie , tapi still handsome (Jangan nak buat muka yang baca nie ) Elleh . So , Syafie Open your eyes , focus balik what is your life goals ? MasyaAllah Of course the first thing that through in my mind to be a good muslim . Ibu selalu cakap " Kau nie jepun dulu sekolah tadika imam , sekolah rendah baca doa kat assembly tapi kenapa tebiat(sifat) kau dah berubah bila kau dah besar haa ?" Ibu jawapanya bukan berubah , orang hanya mahu mencipta kenangan jadi jahat sikit , ehh bukan jahat tapi nakal . So nanti orang boleh cerita kat anak anak Life Of Pie which is the best story in this world . Ibu cakap banyak banyak anak dia aku yang paling nakal . hahaha yeah this is me . Takpe bu nanti bila anak nakal ibu dah digest semua quotes yang ditulisnya mungkin lahirlah seorang actuary yang mencipta fenomena baru di Malaysia.

Aku baring dan memikirkan balik bab benda benda yang aku perlu capai lagi .Hmmmmm , Aku sebenarnya cuma nak jadi yang terbaik je so even limited peluang kerja tu tapi unlimited wants orang berebut tarik aku kerja one day (jangan tertarik seluar dah). Nie kira macam concept scarcity lah kalau yang belajar microeconomics. Aku kena buktikan yang aku boleh berjaya . Sebab aku nak jadi pengumpul emas . Bukan nak bagi bini aku pakailah nanti habis menjadi target peragut . Aku nak simpan nak jadi macam pirates sikit. 

So, malam tu aku simpulkan terlalu banyak life goals aku dan aku ada azam baru sebenarnya dan terlalu panjang untuk diceritakan. Sebab melalui statistik dan penilaian aku graph hidup aku tak directl proportional nie , dia macam graph cubic. So aku perlu pastikan setiap hari aku isi masa aku dengan baik dan gain a knowledge , make it great day by day without look back and never give up on on everyting that I wanted. Yang penting aku nak isteri yang ada dengan aku . EHhhhh dah mood gatal aku dah turn on . 

Create and plan your mission from now, look at positive sight , Smile like you get a pizza . Be patient great thing takes time.


Thursday, 11 December 2014

Sakit

Setiap perkara itu bermain dalam gawang minda dan tak semuanya yang membuatkan hati rasa selesa jiawa rasa bahagia. Dari cerebrum hinggalah ke medulla oblongata setiap bahagia di otak kanan mahupun kiri mengerah untuk menyelesaikan sesuatu masalah . Memang kujangka inilah kesudahannya kerana aku terlalu banyak berfkir . Dalam minggu nie aku sudah berapa kali pening dan sakit kepala . Kerana terlalu memikir mungkin aku jadi begini .Aku cuma teringat akan tumor otak yang pernah kubaca simptom simptomnya ada dekat aku . Bukan mudah untuk menangani pemyakit itu dan aku tahu risikonya . Aku tidak mahu ke hospital kerana aku tidak pernah merasainya. Ya Allah, sesungguhnya kau berilah aku kesihatan yang baik , tubuh badan yang sihat dan berikanlah kedua ibu bapaku kesihatan yang baik dan rahmatilah mereka. Mata tak bisa berbicara tanpa lihat apa di luar dan apa di dalam . Kadang kadang hancurnya di dalam ditutup dengan sulaman kain bersama manik dan permata yang indah . Cuma yang dalam biarkanlah dipendam . Takda orang kisah dan takda orang peduli.Tawaku hanya tepancar di wajah tapi bukan dari jiwa. Sungguh aku insan yang lemah . Tuhan , aku memohon kau jauhilah aku dari penyakit itu .Aku pendosa , amalku sedikit takkan dapat tampung dosaku yang banyak . Aku manusia biasa yang tak lekang dari dosa . Ku harapkan keampunan dariMu , Ya Allah.

Saturday, 6 December 2014

To dearest one in my life

I still miss those days.That, hours of chatting.Fighting over little things.Late night talks.Sharing secrets.Weird dreams .“Being possessive” Attitudes.Waiting for your texts.Watching your pics and texts over and over.Smiling for no reason and made me feel that I'm crazy.Trusting you is must .Your hugs and kisses.Your innocent wishes.
And, now just having.Blank inbox.No more “I love you”.Hours of loneliness.Unshared emotions.Late night cries.Heartbreaking secrets.Shattered dreams.Deleted memories.Fake smiles.Broken trust.devious heartaches.I don't know why I Am still waiting for you.I know who you are I know you sayang, cause I know sky doesn't always blue, when the thunder comes the world become dark but only the one who never give up will waiting for the rainbow after the rain stop. InsyaAllah , Put our faith on Allah. How sweet we are MasyaAllah.





Wednesday, 26 November 2014

Kacang

https://www.youtube.com/watch?v=so6ExplQlaY
 JANGAN BACA KALAU TAK CLICK LINK ATAS NI
SKIP AD KAT LINK NI

Adakah kacang sudah lupakan kulit ?

Mungkin kita pernah dengar satu pepatah melayu bagai kacang lupakan kulit memang biasa digunakan. Bukan mahu seperti katak, sedikit hujan banyak bermain tetapi bagi aku dunia arus serba kemodenan ini harus membuka mata tentang maksud bagai kacang lupakan kulit.

Betapa berat mata memandang , berat lagi bahu memikul . Takkan sifat empati dan simpati serta nilai berperikemanusiaan tidak ada dalam diri kita apabila melihat orang susah yang berada di depan mata kita. Bukan kerana dia bodoh bukan kerana dia lemah tetapi mungkin ada hikmah mengapa ia terjadi. Aku meratapi wajahnya yang sayu dan hiba lalu apa yang bermain di gawang mindaku , di manakah anak-anak kepada Si Tua yang telah berjasa mengerah kudrat dan tenaganya demi anak-anaknya. Bukan dia pinta untuk meminta , bukan dia suka untuk buat orang memberi , bukan kehendaknya hidupnya sebegini . Kalau menanam tumbuhan di ladang takkan tak nak liihat hasilnya , Kalau menyiang ikan di dapur , takkan gulainya tidak dirasa. Begitulah jugak kalau mentang anak bagai minyak yang penuh takkan tidak mahu melihat anaknya berjaya dan tidak lupa jasa. Sangat tersentuh melihat wajah Si Tua yang di dalam kelopak matanya mampu menceritakan seribu kesedihan yang dianggap sekelumit mimpi . Takkan pernah dia terfikir apabila si kecil yang dikendong dibesarkan , dijaga dan diberi perhatian yang cukup diberi pendidikan pabila besar lupakan semua , lupa di mana dia membesar lupa siapakah yang membesarkan dia , lupa dari mana akr umbi kepada kejayaannya . Kadang-kadang aku melihat orang yang baik dan selalu membantu apabila diperlukan ketika meminta bantuan dan ketika dia susah tiada siapa yang mahu membantunya dan ada disisinya . Manakah sifat berperimanusia? Betul kata pujangga , Kawan gelak tawa banyak , tetapi kawan dalam kesedihan dan duka zero agaknya . Tidak kisah dia ada kaitan dengan kita atau tidak tetapi sekali dia muncul dalam hidup kita dan membuatkan kita berasa senang , dia mungkin sesuatu yang kita harus lihat dari sudut yang kita mampu berfikir berfikir , Ada sebab mengapa Allah hadirkan dia untuk kita .


MasyaAllah brada and sista , sungguh tak sangka kecanggihan teknologi masa kini mampu mengubah sikap dan pemikiran seseorang individu itu sehingga menjatuhkan tahap IQ dan sifat kewarasan manusia. Orang memberi kita merasa , bila merasa perlu beringat hasilnya dicari dari orang yang memberi , pengorbanannya untuk memperoleh hasil tidak tahu bertapa hebatnya dan kepayahannya hanya jiwa dan raga si pemberi yang tahu . Sebagai orang yang merasa bukan apa yang dipinta , bukan balasan yang dipinta , bukan bukan ucapan terima kasih berulang kali yang dipinta , bukan pujian yang diharapkan , hanya sekecil penghargaan dalam menghargai pemberian itu. Renungkanlah di gawang minda mengapa ia terjadi , mengapa Allah menghadirkan pemberi untuk kita merasai sesuatu , bukan saja saja tetapi ada hikmahnya . Setiap percaturan Allah itu indah dan hebat . Tak mungkin halilintar mampu membela bumi , tak mampu awan bercorak indah menghasilkan hujan membenamkan fajar dan menghasilnya pelangi yang indah selepas itu kalau bukan kehendak Allah . Maka , apa yang kita ada , apa yang kita perolehi , Hargailah sebaik mungkin orang orang yang ada terutama keluarga dan orang yang ada dikala kita senang dan susah ,Yang terindah di langit adalah bintang-bintang begemerlapan , sedangkan yang terindah dalam hidup orang yang membuatkan hati kita tahu apa itu erti kasih dan sayang . Niatku ikhlas jujur dari hati kecil ini aku bukannya bagus untuk berbicara seperti seorang pendeta tetapi mungkin aku mahu berkongsi cerita agar dapat melihat orang membuka pancaindera.Kata seorang bijak pandai ''orang yang mampu mengubati duka dan kesedihan kita adalah orang yang membuat kita tersengih sorang sorang macam orang gila dan kita rasa gembira kerana dia ada dengan kita . Refresh minda kita semula siapakah orang yang selalu buat anda  tersengih ? Tangkap mereka kalau boleh cekik mereka dan katakan Jangan kau pergi, hahaha I was joking  , Hargailah apabila diberi rasa bukan mudah untuk memberi , Assalamualaikum.

Monday, 11 August 2014

Pemerhatianku

Bukan mudah untuk dewasa 
Dewasakah akal kita ? 
Dewasakah hati kita ?
Pernahkah Terlintas di gawang minda ?
Bukan mudah 
Tapi boleh diasah 
Barulah kita dan membeza 
sekilas ikan berenang
yang mana jantan
yang mana betina 

Nampak sajak di atas ? Nie macam acah-acah menampakkan post kali ini memberi suatu kelainan alahmak ai haha. Merujuk pada sudut minda aku di pukul tiga pagi ini , mungkin sesuatu boleh dikongsikan di post kali ini. Bila kita mengatakan dunia universiti , maka barulah mata ini terbuka melihat pelbagai ragam manusia di seantero Malaysia dengan satu hasrat iaitu mampu memiliki segulung kejayaan di persada dunia. Cerita ini berkisahkan seorang hamba Allah ini . Aku tidak cerita pasal dia tapi aku mengambil iktibar dari kisah hidupnya . Berpewatakan seperti siswa lain , berkemeja formal tampak bergaya serta kasut yang berkilat . Senyuman lebar serta bertegur sesapa dengan rakan di kelas. Tapi itu semua hanya di luaran , pernahkah kita nampak apa yang di dalam hati ? Bila dapat ditemukan dengan Hamba Allah ini aku berasa sangat teruja untuk berbual dengan dia . Ini merupakan pertemuan secara tdak sengaja tapi pertemuan yang sangat berharga. Masa 1 jam 15 minit di dalam KTM merupakan masa yang mengajar aku hidup ini perlu kekuatan iman yang kuat dan tidak mudah putus asa . Kalau kita lihat ramai yang terjerumus ke kancah kerosakan bila usia menjangkau remaja . Jangan mudah menuding jari pada ibu dan ayah kerana mereka sudah mengajar tapi kenapa kita tidak mengambil iktibar . Hamba Allah ini mengalami penyakit depression. Bagi aku semua orang mengalami depression kerana in life kita mesti akan ada tekanan hidup . Tapi lain org lain kisah hidupnya . Kisah hidup dia agak rumit tapi apa yang aku cuba sampaikan adalah , janagan terlalu fikirkan persaingan di dunia . Perlukah kita memikirkan kita sentiasa perlu di atas agar org sentiasa nampak kita ? Adakah kita lupa dunia ini ibarat roda . Tak selalu kita dia atas . Kadang-kadang kita perlu berada di bawah untuk kita belajar menghargai bila berada di atas . Persaingan dunia tidak menjamin apa apa kalau kita tak bersaing untuk mengejar akhirat . Kenapa kita pelu merasakan dunia ini tidak adil ? Pernah terbayang nasib orang lain ,?masalah orang lain ? susah payah orang lain ? manusia memang mudah lupa dan tidak pernah puas dengan apa yang ada . Istigfarlah hati , banyangkan berapa banyak nikmat Allah kurniakan yang patut kita bersyukur dari mengeluh . So bila kita ada masalah atau tekanan hidup , try untuk jadi positif dan dekatkan diri dengan Allah dengan bersungguh sungguh dan yakin ke atas Allah. Hidup perlu diteruskan walau apapun terjadi . Gunakanlah sisa hidup kita dengan baik dan moga kita diketemukan Allah di syurga . Aku tak cerita habis pasal Hamba Allah itu kerana mungkin itu privacy dirinya . Hayatilah apa yang aku cuba sampaikan kerana aku menulis untuk diri aku jugak . Dunia tidak seharusnya dipandang sebagai persaingan kerana kita akan mengasah sifat cemburu tetapi lihatlah dunia sebaga satu tempat untuk kita membina satu kerjasama bantu-membantu orang yang susah dan dalam masalah untuk berdiri sama meneruskan hidup dan mencari ilmu Allah yang sangat banyak ibarat pepasir di laut. Kesimpulannnya , nikmati indahnya hidup dunia dengan amal tanpa lupa mencari bekalan akhirat . Sekian .


Saturday, 14 June 2014

Sayang I

Maybe the rain is our tears during our cloudiest hours and the thunder and lightning are sounds of our heart breaking


Inspirasi untuk menulis sebuah cerita cinta datang dari orang yang pernah bercinta . Cinta itu bukan mainan perasaan ataupun jiwa tetapi ia lumrah manusia biasa yang ghairah mencari kebahagiaan dunia .Disebabkan blog ini takda orang pun baca it is like my journal for myself lah . I just want to say . I miss you sayang hahaha . Sayang is a typical word we used it seems we start talking heart to heart atoto hahaha . Hampir 2 minggu dah we're apart . Duration about an hour from my place to yours doesnt mattter , but doubt do . I dont know kenapalah tersangat risau . Bukan risau apa , cuma bila you ada depan mata I rasa lagi tenang . Friday in the afternoon I was travelled to KL by ktm alone haha even it was my first time I just try and put a faith into my action . Niat hanya nak jumpa you for a while and spent time with you . Sampai sampai I dah nampak you but I saja je buat buat call you and I tak dapat lupakan how happy am I to see you that day . It was a first time we met after a week . I spent the whole day wth you , watching movie , lunch and dinner , shopping layan karenah you haha it was my hobby dari dulu . Kalau tak nanti dia merajuk haha . Yaa seriously to be honest I was very happy on that day . sayang , I sayangg you sangat sangat tahu tak . At night before nak balik it was the saddest moment  dah kena terpisah . I felt days like a seconds when with you and hours like a months when we're apart. But , I still feel so happy sayang .  after we met , we already managed and tried to biasakan dengan situasi nie . Biasalah permulaan memang menyakitkan apabila permulaan itu bermula dengan perpisahan . Sayang , it was not a burden to take care of you but it was one of responsibility . I just want you to be halal for me In Shaa Allah . You taught me how to be a loyal person far away from my past .  One day , I saw an old couple walking together and seems they're enjoying their life even their ages getting older day by day . When I asked how they managed to stay together since they're teenagers . He said "We were born in a time where if something was broke , we fixed it not throw it away" .I saw the same thing but in a different types . it is in a picture haha . Maybe semua org tua cakap ceggitu . Well said from someone who knows how to walk first than me . I hope we can fix all the problems that comes in our life . I love you so much Nur Farhanah binti Mohd Jamil . 







Saturday, 17 May 2014

Pergi

Pertemuan dan perpisahan merupakan dua perkara yang mempunyai dua emosi yang berbeza . Kata seorang American "if there is no struggle , there is no progress " We have to sacrifice to achieve something even to leave someone that we loved for a while . Minggu minggu akhir sebelum kita melangkah ke sesuatu tempat yang baru pasti membuatkan hati kita terasa sepi dan sunyi kerana kita akan merasakan kehilangan dan terpaksa mencari rakan yang baru . Kehilangan bukan bermaksud selamanya tapi hanya seketika . Walau bagaimanapun jarak tidak memisahkan sesuatu hubungan itu . Pemergian kita ke institusi pengajian perlu berniatkan untuk menerokai ilmu Allah yang sedia ada di samping itu mampu membentuk rohani dan emosi kita sebagai seorang yang dewasa . Dunia tak seindah boleh dikecapi jika kita tidak mengalami suka duka pahit dan manis . Oleh itu , bisikkan dalam hati pahit dan duka itu sebenarnya adalah sesuatu pengajaran yang dapat kita jadikan pendoman hidup . Tinggalkan mereka sebentar untuk mengukir dan mencipta masa depan yang lebih berharga demi mereka .Bukan mudah untuk meninggalkan orang yang memberi kita terlalu banyak memori indah dan mampu bertahan dengan kita . Benarlah kasih sayang tidak boleh diukur dengan hanya kata kata manis tetapi ukurlah ia dengan betapa sabar menempuh dugaan hidup tetapi masih kekal hubungan itu .  Oleh itu , tabahlah wahai hati kerana Allah tahu di setiap apa yang ditetapkanNya . To be honest I'm gonna miss you .

Thursday, 8 May 2014

I'm Adult

Assalamualaikum and Hi semua . Kalau dibiarkan kebun terbiar akhirnya lalang akan tumbuh tinggi juga dari kita dan begitulah aku setelah sekian lama tak berblog blog nie akhirnya dah besar , habis sekolah sudah hehe .Such a very long long long time I tak post any story in my blog and suddenly tetiba tangan alih alih nak tengok blog lama dan cubalah try sign in Alhamdulillah still remember my password even I have millions of password nak buat macam mana kan haha its okay . Okay dipendekkan cerita , Now I'm 18 dah besar dah , dah boleh kahwin haha . Alhamdulillah sekarang aku masih menunggu keputusan UPU even dah dapat tawaran lain . EVen result SPM aku amat dikesali tapi mungkin itu rezeki Allah tak mengapa Aku percaya pada rezeki Allah . InsyaAllah suatu hari nanti pasti akan tercapai sebab apabila terkenangkan balik aku menyesal apa yang aku dapat sebab aku rasa aku dah berusaha , tapi ada orang usaha dua kali ganda dari aku tapi dapat sikit daripada aku , Sebab itu lahir jugak rasa bersyukur ini . Rezeki masing masing .  Dulu time sekolah sebok nak habis sekolah tapi bila dah habis kita baru sedar langit tak sentiasa cerah , baru aku tahu betapa sekolah memberi impak yang sangat mendalam . Betul apa , Kita start sekolah sejak dari 5 tahun sampai 17 tahun , jangka masa yang agak panjang . Pernah kita cakap kat diri kita , "aku sayang nak sekolah " . Takkan ? kalau ada yang pernah salute to you geng . "TEMPAT BOSAN"yang menyuruh kita memakai baju putih dan seluar hijau (sekolah harian lah) ada sebenarnya tempat yang mendidik kita , mengasah bakat kita , memberitahu kita info info terkini , memberi peringatan kepada kita dan tak lupa memberi kesan sampingan seperti rotan yang masih meninggalkan kesan haha ,Kita tak pernah fikir sebenarnya masa sekolah benda nie semua . Apabila dah menganggur duduk di rumah setiap hari makan tidur main baru aku perasan , kita mungkin dah kurang mengambil tahu isu semasa kerana sibuk bersosial dia laman sosial . Lagi satu , benda paling paling paling rindu adalah KAWAN SEKOLAH . Kerinduan yang tak boleh diungkap . Hanya Cakera padat di mina yang mampu memainkan semula nostalgia pahit manis bersama kawan kawan di sekolah . The moment we talk each other , bergurau senda , main main dalam kelas , bercakap masa cikgu mengajar , makan masa cikgu pandang depan , tidur letak buku menegak , susun meja rapat rapat buka cerita cerita negara ke cerita mengarut , ponteng kelas , masuk kelas lambat , kena denda satu kelas jalan itik , kena sebat , fly panjat sana sini macam spiderman haha . Ya Allah , please bless all my friends .I miss them . I wish you have your own way to meet me in a top of a mountain Insyallah . When we have a confidence and work hard to persue our passion , monster also will give up on us . Come on mate . I wish all the best to all of you . And thanks to all my teachers yang selama nie mendidik , mengaja , dan memberi bimbingan . Saya minta maaf kalau ada salah silap . I love you all . Insyaallah aku akan tulis blog kalau ada bahan yang boleh dikongsi untuk tatapan dan perkongsian bersama , Jika salah tegurlah kerana setiap teguran itu membawa makna . Tapi kalau cerita berkisah hidup gua tu baca je lah jangan kritik eh eh eh . Nie haa takdok gambar ambillah gambar Instagrammmmm . So Bye Assalamualaikum.

last day went to school

kecik , zuhry , rizo , kucai

boys nigght

GRADUATION


GRADUATION

Monday, 31 December 2012

Friendship is like a pee in your pants

Assalamualaikum and Hi everyone . Yaa , long time n post for you and now I'm back . Too many stories I want to share with you but here I have one story that I think all of us need in our life . Yaa on the top of my post there a few pictures that I have in the moment of 2012 and I miss that .  Today is the last day of 2012. Wow , time goes so fast and I really can't imagine I seventeen to be haha . For SPM 2013 , I promise I will make a suprise and dear mum , I will make you proud of me .Today my story is about Friendship.Being friends would be nice. One could talk about everything, about every secret dream. Being friends would be nice. One could laugh about everything. Together one could do many nice things. One could buy new shoes and go to parties. One could have a walk through the city and listen to some good music. One could dance the whole night through, without any rest. The whole day one would be light-hearted and immune against loneliness. One could try to solve a riddle for hours. One could book cheap flights and doze in the sun. One could be totally sad, but without any depression. And one could agree with each other, without any discussions People say true friends must always hold hands, but true friends don't need to hold hands because they know the other hand will always be there.We met, it was by chance we met again, it was by our luck we became friends it was our fate we are still friends it is our decision we will always remain as friends let this be our promise!Open your eyes to the amazing people around you. There is a best friend hiding, waiting to be found. Don't just glance around. Explore every nook and cranny. It is in the darkest spot where you will find your truest friend. Some pictures in this post  are some of my friends that complete my life . They are mine . We're never separated .Friends are like pee in your pants.Everyone can see it but only you can feel it.Thanks for being the pee in my pants . Bye 2012 and hello 2013 , wish a better year. And Guys ? Enjoy your life yaa . Bye , Your loving blogger Pie Syafie <3

Wednesday, 12 December 2012

Oppps ! A Great Day !

Assalamualaikum and salam sejahtera  kepada semua pembaca . Emm today , I want to tell you about 12/12/2012 . Satu tarikh yang sungguh cantik . Bukan memuja atau mengagungkan tarikh ini tetapi sekadar mengisi sehari dalah hidup ini menikmati tarikh yang datang cuma sekali seumur hidup . Bila terlihat di kalendar tentang hari ini semua orang ingin mencipta sebuah kenangan yang manis yang mampu menggamit nostalgia ini di masa hadapan ."Everybody needs his memories.They keep the wolf if insignificance from the door " Yaa hari ini I decided to hang with my friends .  Tepat pukul 12 tengahari afiq datang and amik aku . Then sampai Dataran Pahlawan , baru jumpa izyan and Ain Farzana (nenek) . Yaa memang hari ini dah janji nak keluar dengan nenek . Dan lepas teman afiq makan dia nak balik sebab nak main badminton dengan jimbo . And tinggal aku sorang dengan Izyan , Wani and nenek . Hari ini berjalan jee kerja tak berhenti dengan diaorang and hari ini aku jumpa ramai jugak ah kawan aku kawan lama and kawan baru . Seriously , today I'm happy . Bila ramai kawan bersama kita , duduk bergelak ketawa dan bergurau senda kita dapat rasa kawan itu penting dalam hidup kita untuk mengisi sedikit kegembiraan . Tapi ada jugak hari ini yang menggunakan tarikh yang cantik nie hang dengan bf or gf diaorang . Suka lettuw , waa jealous huh hahaha . Mungkin hari ini ramai yang bergembira yaa untuk tidak mempersiakan tarikh yang muncul sekali sahaja seumur hidup . As a muslin kita haruslah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi nafas untuk meneruskan kehidupan dunia ini di tarikh yang baik ini . And syukur ke hadrat Allah kerana telah merungkai hari ini dengan cukup indah . Harap-harap kau orang pun nikmati tarikh ini dengan penuh kegembiraan . Lupakan tangisan dan dan mungkin sekarang ramai yang telah mencipta kenangan yang indah dengan orang yang mereka sayang .There are moments when I wish I could roll back the clock and take all the sadness away , but I have the feeling that If I did , the joy would be gone as well. Always keep your best memories in your mind because you need it when you're alone . Bye 12/12/2012 . I swear you never come again because I don't want to repeat it because the best memories I already keep in my mind , Tata , Your Loving Blogger , Pie Syafie .

Monday, 10 December 2012

Don't cry because it's over, smile because it happened :')

Assalamualaikum and salam sejahtera . Hari just nak kongsi satu cerita . Aku happy bila orang yang aku sayang like my family , friends and others ada dengan aku .Tapi bila mereka dah setiap hari ada kekadang aku buat tak tahu jee dan rasa tidak apa yang berlaku . But now some of them dah takde , and baru aku rasa mereka memang aku perlukan . Aku tak tahu kenapa mereka pergi walaupun tiada konteks putus sahabat or talian tetapi sikap mereka aku dapat rasakan yang mereka sudah berjauhan dengan aku . Kata seorang yang bijak "When you love someone , you give them a power to hurt you" And now I feel that . Ya Allah kalau masa mampu berputar kembali aku berjanji akan menghargai mereka . Tapi ia mustahil terjadi and kita kena sedar bahawa kehidupan hari esok lebih penting sebab hari esok itu belum dilalui dan kita masih mampu merungkai sesuatu untuk mejadikan kehidupan ini lebih ceria . I miss everyone that I know in the past and I will miss everyone that I know now . Yaa , kita semua hanya mampu merindui kisah silam kerana ia sudah pergi dan ia adalah saat manis dah terindah . Kayy , sampai di sini dulu and now I need to carry on my life . I never forget all the memories . Nicholas Sparks says “People come, people go – they’ll drift in and out of your life, almost like characters in a favorite book. When you finally close the cover, the characters have told their story and you start up again with another book, complete with new characters and adventures. Then you find yourself focusing on the new ones, not the ones from the past.” Your Loving Blogger , Pie Syafie .

Sunday, 9 December 2012

Pahit dahulu , manis kemudian :)

Kehidupan silih berganti-hari demi hari . Dan pada ketika kita menghitung detik kegembiraan pasti akan terselit satu kesedihan . Yaa , bukan kita minta kesedihan itu menjelma tetapi mungkin ia mengajar kita sesuatu dan kita mesti sedar kadang-kadang kita memohon kepada Allah agar mentari terus bersinar bersama kepulan awan yang cantik di setiap pagi tetapi tiba-tiba Allah turunkan hujan bersama kepulan awan hitam halilintar memanah bumi . Lalu kita berasa sedih dan semangat untuk meneruskan hari baru punah-ranah .Tetapi kita tidak dalam kekecewaan itu Allah terbitkan satu pemandangan yang mampu mengukir sekelumit mimpi indah iaitu pelangi . Dalam pada itu barulah kita sedar sebenarnya setiap kepayahan , kesusahan dan keperitan hidup itu ada ujian yang Allah beri kepada kita untuk menguji kita menjadi umat yang lebih kuat . Di dalam al-quran pun telah mengatakan yang Allah tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya . Jadi , bila musibah menimpa kita , kuatkan akidah dan panjatkan doa kepada Allah semoga kita menjadi insan yang lebih baik . Seorang bijak pandai ada mengatakan "Dunia hanya sementara dan akhirat itu yang berkekalan . Jadikanlah masa hidup di dunia ini dengan sebaik mungkin kerana kita hidup hanya sekali . Sekali kita persiakan dia tidak mungkin kembali kerana ia terus bergerak pergi tanpa kita sedari . Kehidupan yang hakiki adalah kehidupan manusia yang mempunyai hati nurani yang luhur dan peradabannya terpelihara '' , Sekian , Pie Syafie .

Friday, 23 November 2012

Anugerah Allah


Coraklah anak-anak sejak kecil
Senyuman merek amat bermakna
Assalamualaikum dan hello kepada bukan Islam . Yaa hari ini 21/11/2012 muncul kembali dan ingin berkongsi lagi cerita bersama pembaca setia di blog saya . Terima kasih yang tak terhingga kerana selama ini anda sudi membuang sebahagian masa hidup and membaca blog saya . Yaa hari ini sebenarnya aku bersengkang mata ini untuk melihat perlawanan di antara Manchester City dan Real Madrid di Liga Juara-Juara tetapi dengan kelapangan masa ini aku gunakan untuk merungkai sebuah kisah yang kita patut selami bersama . Hari ini aku nak cerita pasal Hari Kanak-Kana Sedunia . Seperti kita tahu setiap tahun kita meraikan hari yang penting ini  untuk meraikan kanak-kanak iaitu generasi muda yang bakal mengantikan tampuk kepimpinan negara . Kanak-kanak perlu diraikan untuk mereka mengenali erti kasih sayang dan dihargai dari kecil dan tidaklah mudah mereka dipengaruh atau terjebak dengan budaya negatif kerana biasanya hari kanak-kanak ini , mereka didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang boleh mengembangkan minda , menguji daya fikiran dan fizikal serta meletakkan mereka dalam keadaan emosi yang baik . Hampir seluruh negara di dunia yang mewajibkan perayaan ini di negara mereka dan semuanya berjalan dengan meriah kerana sambutan disambut baik oleh pelbagai golongan . Tetapi dalam keadaan kita mampu tersenyum lebar dan bergelak ketawa kita mesti sedar sebahagian dari kanak-kanak seperti di Palestin sedang menangis berteriakan . Awal November 2012 lalu pihak rejim zionis telah melancarkan serangan kepada Palestin . Ya Allah . Berita itu menggemparkan dunia kerana ini sudah telah beberapa kali terjadi Palestin diserang Israel dengan begitu kejam . Mengikut sejarah dunia Israel adalah satu-satunya negara yang paling kejam dan tidak berperikemanusian di dunia . Alasan mereka hanyalah kerana mempertahankan negara mereka daripada serangan roket Palestin . Tapi mereka tidak sedar berpuluh tahun dulu mereka membuat negara palestin seperti negara mati dalam keadaan bermandikan darah  dan peristiwa ini berulang pada hari ini . Setiap hari kita dapat mengdengar dan melihat di media cetak ataupun elektronik tentang kematian umat Islam di Palestin akibat serangan Israel . Ya Allah , begitu kejamnya rejim zionis tidakkah mereka kasihani walau sedikitpun . Bayi dan kanak-kanak setiap hari dibunuh ibarat menyembelih daging di pasar . Pada ketika mereka baru hendak merasai kenikmatan hidup di dunia rupanya mereka ditimpa malapetaka . Setiap hari perasaan takut menyulubungi diri mereka bila melihat ayah dan ibu mereka dibunuh di depan mata mereka dengan tanpa belas kasihan . Apa perasaan kita jika kita berada di tempat merkea ? Begitu zalimnya rejim zionis . Kanak-kanak di Palestin tidak merasai kedamaian dan keharmonian tetapi iman mereka tetap utuh dan akidah mereka tetap kuat setia mempertahankan Islam walaupun bermandikan darah setiap hari . Allahuakbar , Allahuakbar . Sesunggunya mereka adalah kaum yang tabah dan rakyat yang akan mendapat pembelaan Allah di Hari Kiamat suatu hari nanti . Mungkin dunia adalah neraka bagi mereka tetapi mereka akan kecapi syurga yang sebanarnya kelak nanti , insyaallah. Berita terbaru , seorang kanak-kanak baru-baru ini ditembak mati semasa sedang bermain bola dengan memakai baju kelab kegemarannya . Ya Allah di mana sifat kemanusian mereka ? Apa salah anak itu sehingga mati ditembak ? Tidakkah mereka mempunyai sifat kasih kepada kanak-kanak ? Mereka di sana tidak kenal apa itu kebahagiaan kerana mereka lebih terbiasa dengan penderitaan . Tetapi ia berbeza dengan cerita di Malaysia . Jika kuman di seberang laut boleh kita intai , kita juga perlu melihat gajah di depan mata . Setiap pagi memang hobi aku membaca surat khabar dan amat dukacita suatu pagi ketika membuka akhbar metro harian yang mempamerkan kisah tentang bapa menyembelih anak . Ya Allah . Cerita yang menyayat hati lagi apabila kes pembuangan bayi di Malaysia menunjukkan penigkatan setiap bulan . Kita mendegar ada sahaja kes pembuangan janin di merata tempat disebabkan terlanjur dengan kekasih . Subhanallah , mereka lupa kanak-kanak adalah anugerah dariMu . Mereka lupa tentang ajaran Islam . Sesunggunya Allah kurniakan kanak-kanak itu untuk dijaga dan diberikan kasih sayang untuk mereka membesar dengan baik tapi dunia akhir zaman sekarang ini mereka terlalu memikirkan duniawi sehingga melupakan akan hukum islam . Mereka lupa ajaran al-Quran dan sunnah nabi . Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w amat mencintai kanak-kanak . Tuntasnya , hargailah kanak-kanak kerana mereka merupakan aset yang paling penting . Tiada apa yang membahagiakan selain mampu mebuat mereka gembira dengan memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian . Ibu bapa perlu berfikir secara pintar dan jangan mengikut hawa nafsu dalam sebarang tindakan agar mengatasi kes deraan kanak-kanak .Nabi pernah bersabda "Anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan sama ada menjadi Nasrani ataupun Majusi . Disamping itu sebagai rakyat yang peka , marilah kita bersama-sama mendoakan agar rakyat dan kanak-kanak di Palestin selamat dan terus diberkati Allah dan dilindungi Allah . Mereka tidak bersalah dan tidak layak diperhambakan sedemikian . Saya berharap kekejaman Israel ini tidak akan berterusan dan tidak akan terjadi lagi . Kemabalikanlah senyuman di bibir kanak-kanak Palestin dan berilah mereka merasai apa itu nikmat kedamaian dan keharmonian seperti tahun 1990 an dahulu ketika mereka hidup dengan aman dan negara mereka sangat cantik dengan pelbagai binaan yang menarik . Sama-sama kita menyokong Palestin . Pray For Gaza. 22 November 2012 berita baik buat semua umat islam di dunia kerana Persatuan Bangsa-Bangsa Bersata telah menjalankan genjatan senjata terhadap Israel . Alhamdulillah berkat doa semu umat Islam dimakbulkan Allah . Baru semalam aku terdetik hendak menyiarkan post ini tetapi ia bertambah manis jika disiarkan hari ini dengan diselitkan berita gembira . Hany air mata yang mampu mengallir dan aku sangat bersyukur mendengar berita ini . Tapi ada peristiwa ini akan berulang ? adakan Israel mampu memegang perjanjian persetujuan ? Moga ia tidak menyerang Palestin lagi . Doakan kesejahteran saudara kita disana . Hari ini barulah meliht senyuman dibibir kanak-kanak di Palestin dan baru mereka kelur membeli gula-gula . Ya Allah sebaknya perasaan ini bila melihat berita tadi . Sampai di sini sahaja cerita saya pada kali ini . Semoga anda membuka minda dan fikir sejenak untuk muhasabah diri . Kata seorang yang berjaya "Hati kanak-kanak adalah bersih dan bersinar seperti mutiara dan lembut seperti tanah yang menyebabkan benih dapat disemai " Jadi lenturkanlah anak-anak itu agar mempunyai keperibadian yang mulia . Hargai mereka , Your loving blogger , Pie Syafie

Saturday, 13 October 2012

Malaysia , I'm worried about you :')

Don't change the smile on their face :')
Assalamualaikum , salam sejahtera , salam 1 Malaysia , salam negeriku sayang negeri bandar teknologi hijau . Amboii complete haa dah mcam YB pulak . Cehh takpa mungkin suatu hari nanti haha doakan yaa . Korang nak dengar cerita tak ? Ouhh tak perlu dengar kud , baca sudah lahh muehehe . Hari nie nak cerita sikit pasal negara kita , the only one , MALAYSIA . Yaa bila bercakap pasal Malaysia , kita sendiri sebagai rakyat Malaysia sedar yang negara kita mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan bangsa . Kepesatan pembangunan pelbagai infrastruktur baru dan moden telah membuktikan Malaysia mampu mencapai  status negara maju menjelang 2020 yang berbaki 8 tahun lagi . Persoalannya , mampukah kita merialisasikan hasrat ini ? Hari Ahad haritu , ayah aku ada beli surat khabar mingguan then seperti biasalah aku nak tengok belakang dulu kan nak nak malam tuu game Manchester city and Arsenal mesti nak tahu info haha . Tapi tiba tiba aku tertarik nak baca di bahagian depan apabila terpampar wajah tokoh yang aku sanjungi , Tun Dr.Mahathir . Apabila membaca sepintas lalu ruangan Suara Hati Dr Mahathir itu , timbul persoalan yang bermain di minda sehinga hari ini . Di manakah Orang melayu yang kuat ? Mampukah kita merialisasikan hasrat 2020 ? Allahhuakbar . Bila difikir secara dalamnya , yaa impian Tun Dr Mahathir adalah ingin melihat perpaduan antara orang melayu kembali utuh . Disebabkan kuasa , manusia hari ini sanggup membuat apa sahaja tanpa menitikberatkan soal agama .  Allahuakbar . Baru-baru ini ada berita mengatakan agensi dari luar negara menyalurkan dana kepada NGO dalam negara , dan apa yang mereka mahukan ialah "regime change" atau perubahan kerajaan yang memerintah . Mengapa mereka yang hendak menentukan  kerajaan negara kita ? mereka tiada hak untuk menentukkan sebalikknya tugas kita memilih kerajaan negara kita .Sambil menyelam minum air , itulah agenda kuasa luar yang motif utamanya inginkan kerajaan lain mentadbir dan mengikut telunjuk mereka serta merubah kerajaan sedia ada yang memimpin negara sekarang ini . Nampak tak , agenda mereka tidak lari seperti agenda mereka semasa mula mula ingin menawan Tanah Melayu , sangat licik seperti menarik rambut di dalam tepung , rambut tidak putus , tepung tidak berselerak . Tetapi kenapa begitu hina sekali apabila Orang melayu sendiri yang ingin menjual negara sendiri . Kita sebenarnya lupa akan sejarah , lupa akan  pengorbanan datuk dan nenek kita yang berhempas pulak , dimaki-hamun dijadikan hamba , tidak diberi makan dan serba kemiskinan . Kita lupa semua itu kerana kita tidak merasainya . Di mana sifat simpati kita ? Saya bukan menyuruh kamu semua sedih dengan apa yang mereka lalui , tapi hayati pengorbanan mereka . Kita ini sebagai seorang melayu yang patut beruntung dilahirkan selepas tamat penjajahan , serba kecanggihan tidak perlu berperang lagi . Tetapi sejarah munkin berulang . Mahukah kita dijajah semula ? mahukah kita dijadikan orang suruhan si Durjana ? hayatilah sejarah lama . Ketika Tanah Melayu ditimpa malapetaka , kuasa Allah muncul anak Melayu yang berpendidikan di zaman penjajahan Tanah Melayu itu , mereka bangun bersatu bagi mendapatkan kemerdekaan negara kita yang kita kecapi sehingga hari ini . Ini berkat dari perpaduan yang kebanyakkannya adalah orang melayu pada ketika itu. Kata Hang Tuah suatu ketika dahulu "Takkan melayu hilang di dunia " Betul kata beliau melayu memang tak hilang di dunia , tetapi  orang Melayu kini , mereka mudah lupa siapa diri mereka dan nilai jati diri kemelayuan seperti masyarakat dahulu kala kian luntur pada zaman ini . Kalau kita lihat , kebanyakkan Mat Rempit , pengedar dadah , pengambilan dadah , pembuangan bayi serta isu sosial negatif yang lain , hampir keseluruhan kes penglibatan orang melayu paling ramai . Orang melayu juga tidak mahu bersatu dalam satu pemerintahan bagi  mencapai hak keinginan masing masing . Orang Melayu yang dulu digeruni oleh Orang British dengan kekuatan perpaduannya dan nilai kemanusian yang tinggi kini hampir pupus . Ayuhlah bangsaku , Tidak salah kalau kita bersatu padu bersama-sama muhasabah diri dan meningkatkan pencapaian masing-masing agar Malaysia mempunyai masyarakat melayu minda kelas pertama . Marilah kita meyokong kerajaan sedia ada dan terus berusaha untuk kemajuan negara kita . Ini bukan pasal politik tetapi ini berkenaan dengan negara kita . Kenapa mesti kita menukar kerajaan yang menduduki tampuk kepimpinan negara dengan kerajaan baru dan yang bakal mengikut telunjuk kuasa luar ? Kalau benar kerajaan tidak bagus marilah kita bersama memilih orang yang kita rasa mampu membangunkan Malaysia seiring negara barat . Tapi tidakkah kita dapat melihat Malaysia sekarang ini sedang mendaki untuk mencapai status negara maju itu dengan kemajuan yang positif .Jangan banyak menyalahkan kerajaan dengan isu yang remeh temeh , Kerajaan juga manusia, tak lari dari mebuat kesilapan . Kita seharusnya berdoa agar Allah merahmati Malaysia dan tetap aman dan damai . Dan semoga Allah membuka pintu hati mereka yang lupa ke jalan Allah . Dan sebagai generasi yang bakal menggantikan tampuk kepimpinan negara , saya berharap Malaysia akan mencapai Wawasan 2020 dan melahirkan masyarakat minda kelas pertama dari segala aspek terutamanya kerohanian kerana Islam mengajar umatnya untuk membuat kebaikan dan bukannya kemusnahan dan Islam sentiasa menunjukkan umatnya ke jalan yang benar , nescaya kita tidak akan sesat dengan islam . Kata Dr Mahathir " Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya .Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri dengan anak cucu yang alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri " Hanya kita yang boleh megubah diri kita sendiri untuk kita mengubah nasib bangsa kita . Siapa lagi yang hendak membelah nasib bangsa kita kalau bukan diri kita sendiri . Sekian ,  Your Loving Blogger (Pie Syafie)

Thursday, 16 August 2012

Ramadhan , I always remember you .

good bye ramadhan :')
Assalamualaikum Orang kampung , Hi semuaaa . Amboi siap orang kampung padahal followers pun sikit haha takapalahh . Yaaa hari ini aku nak cerita pasal puasa boleh tak ? laa kalau tak boleh pun bukan aku kesah kann muehehe . Hari ini genap 27 hari aku berpuasa . Ya Allah pejam celik pejam celik sudah 27 hari . Yaa Allah adakah amalan aku sepanjang puasa ini kau terima ? adakah ibadah rakan-rakanku , ibu bapaku , guru-guruku serta saudara seagama kuu kau terima ? Moga kau beri kesejahteraan kepada kami . Amin . Hi tahun nie aku rasa Ramadhan yang paling bermakna bagi aku . Aku dapat merasakan erti ramadhan yang sebenar , Bukan dah cakap riakk atauu (Bajett ) tapi Yaa serius , ramadhan kali ini paling bermakna . Even , ramadhan kali ini berpuasa tanpa kekasih . hoho sedihnyeee raya pun takdooo tak apalahh . Yang penting teman banyakkann . Bulan Ramadhan adalah bulan paling indah , bak kata ustaz di mana bulan Allah membuka segala pintu syurga dan menutup semua pintu neraka . Allah memberi ganjaran yang besar kepada hambanyaa . Ya Allah betapa pemurahnyaMu . Bila time puasa nie lahh selalu dengar Ustaz bercerita pasal banyakk kisah kisah yang hebat berlaku di bulan puasa nie . Dulu kann aku tak tahu pun sebenarnya apa itu Nuzul Al-quran . Lepas dengar kisah Ustaz Hashim harituu baru aku tahu Nuzul Al-Quran adalah tarikh di mana Allah menurunkan Al-quran kepada Nabi Muhammad untuk disampaikan kepada Ummah . Kalau kita belajar sejarah pun kita tahu kan betapa besar pengorbanan nabi Muhammad s.a.w menyerbarkan Islam kepada ummah sehingga ajaran Islam masih utuh hingga hari ini . Nabi mencintai umattnya . Beliau tak sanggup melihat umatnya teruk ditimpa siksaan di padang mahsyar nanti . Nabi menangis teresakkan pada ketika itu kerana risau akan siksaan yang ditimpa oleh umatnya iaitu kita  . mulia ini . Lebihkann lah selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w di bulan yang mulia ini . Sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah . Allahhumma saliala saidina Muhammad . Lagi satu pasal Malam Lailatulqadar , Ya Allah malam itu lebih baik dari 1000 malam . Di mana siapa yang mengerjakan ibadah malam itu atau memohon permintaan , akan Allah kurniakan . Betapa Indahnyakann islam Ini . Islam adalah agama yang mudah tapi manusia yang menyusahkann . Tinggal mungin 2 hari lagi sahaja kita akan puasa , Lepas tuu kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri kann , Baju raya dah siap dahh Cik kak , cik abang ? kuih raya ada buat ? bagi sikittt . hehehe . "Main objective of Fasting is to avoid the passage of the Satan" . Yaa semua syaitan semua dah ditangkap . Tapi dalam bulan Ramadhan nie kita still jugak nampak orang buat jahat kan ? Ouhh itulahh nafsu diri . Nabi pun pernah bersabda "sejahat-jahat benda di dunia ini ada lah nafsu kita sendiri , nescaya siapa yang dapat mengawal nafsunya dia tergolong dalam orang yang baik " Memang susahkan kita nak kawal . Aku pun tak dapat kawal . Macam macam nafsu ada , nafsu makan , nafsu tidur dan banyaklah lagii kang tak habis kangg . Heyy emm lagi satu kebaikann bulan ramadhan , ramai gunakan untuk kuruskan badann kann kann ? haha berapa banyak berat turun cik kak ? haha kayy tahu mesti jawapan nye rahsiaaa . Padahal tak turun haha guraulahh . Yaa that;s a advantages in fasting . Fasting helps us in removing a toxic in our body and increase the immunity of our body  . Banyakkan kelebihan berpuasa nie . Ya Allah semoga aku dapat berjumpa dengan Ramadhan di tahun hadapann . Di kesempatan ini aku mengucapkan selamat hari raya kepada semua , dan minta maaf jika ada tersalah kata terlanjur bicara , halalkan segala apa apa kayy . Bye Ramadhan , 2 days to go :') I will miss youuuuu . Sincerely , Your loving Blogger Pie Syafie Muehehe ;)

Sunday, 5 August 2012

My First Blog


Try a new things , Yaa , the first step to success . Don't afraid .
Yaaa , I'm new :3
Hey peeps , Hi . Firstly I want to introduce about myself . My name is Muhammad Syafie just called me Pie . Yaa Actually , dah lama aku teringin nak buat blog tapi disebabkan masa mencemburui aku cehh . That's why tak sempat . So today 5 August 2012 I already created my first blog . I hope I will share something new and something will give my followers get some moral value about what they read . Hidup ini indah bila setiap pengalaman itu kita berkongsi dengan orang yang dekat dengan kita . So melalui blog lah kita dapat berkongsi setiap pengalaman kita dengan orang lain , so enjoy yaa every story that I will share with you . Aku ne budak baru belajar kann , baru buat blog orang lain dah lama dahh , so kalau ada yang aku salah tuu jangan gelakkan kayy . Kayy sampai sini dulu yaa . Later I will start my story yaaa . Thanks peeps Take care Tata :) Your Loving Blogger (Pie Syafie)